Pada malam Ahad lalu di Shanghai, Mariah tampil dalam gaun hitam kilat yang terbelah bukan hanya ke bahagian paha tetapi sampai ke pinggang. Terkenal dengan gayanya yang suka menunjukkan asset yang dimilikinya, Mariah selesa beraksi diatas pentas dengan sebelah kaki terdedah sepenuhnya begitu juga dibahagian atas.
Boleh dikatakan jika tersilap langkah, The Elusive Chanteuse Show mungkin akan melakar sejarah tersendiri dan bakal diingati seperti apa yang terjadi pada Justin Timberlake dan Janet Jackson tidak lama dulu.
Selain daripada gaun hitam pendek assymetrikal tersebut, Mariah juga tampil dalam beberapa lagi persalinan lain yang digantinya mengikut segmen tetapi dia dikatakan mengekalkan solekan dan gaya dandanan rambut.
Selain daripada pakaian, gaya yang cukup menggiurkan Mariah tidak telepas untuk menggayakan penemannya sepanjang siri jelajahnya iaitu mikrofon bersalut emas yang melengkapkan status dan tarafnya sebagai seorang diva.
No comments:
Post a Comment